Tuesday, December 29, 2009
Back To School Mimi
Kak Ina order kek untuk anaknya Mimi yang akan kembali ke sekolah dlm darjah tiga tahun depan. Jadi Mamanya orderkan kek wat surprise untuk bagi motivasi pada Mimi. Semoga Mimi akan tambah semangat untuk semester akan datang.
Pooh oh Pooh....
Foooh... mencabar sungguh bila nak membina watak Winnie the Pooh ni... Maklumlah saya bukan artist mujurlah adik saya Yusmidar tekun menghadap setiap character2 yang hendak di bina atas cup cake Zai yang di tempah khas untuk tunang tersayang. Saya ucapkan terima kasih tak terhingga kpd Zai kerana memberi kepercayaan untuk menghasilkan cup cake sebegitu. Saya abadikan kek itu buat Zai dan tunangnya disini (sebab kek itu mesti dah habis)
Coklat Ganache untuk Elin
Akak ucapkan terima kasih pada Elin terus memberikan sokongan pada akak. So akak try the best that I can to produce the most beautiful Chocolate ganache cake untuk Elin. Hopefully bulan depan ada order daripada Elin lagi.....
Ultraman Lagii!!!
Umi rasa gembira bila Vee call order birthday kek untuk anak buahnya (Haikal), tapi agak terkejut bila Vee mahukan design yang sama warna dan sama gambar macam yang Umi pernah buat untuk anak Elin (Daniel). So Umi suggest untuk ubah warna tema untuk sesuaikan dengan edible image itu. Apa pun Umi enjoy bila bake and decorate cake ni untuk Haikal rasa macam untuk bagi anak sendiri. Hopefully Vee satisfy with the cake.
Thursday, December 24, 2009
Tempahan Kek Fiza lagi
Tempahan kek ni sekali lagi daripada Fiza untuk Majlis potong kek di Selayang pada 19/12/09. Akak harap semuanya berpuashati dan bolehlah order lagi next time . Kepada pengantin yang empunya kek Selamat Pengantin Baru dan akak kagum dengan komitmen Fiza menguruskan tugasnya. Terima Kasih sekali lagi
Tema coklat + gold
Kek Coklat Blueberry
Kek ni di order oleh kawan my hubby. Juzairi namanya, cikgu dari Kelantan menemani isterinya seminar di Kuala Lumpur ni. Teruja juga buat kek ni sebab 1st time org order kek blueberry ni. Terima kasih kepada abg Juz dan family kerana memberi support kepada kami. Harap semua yang makan tu sukakan kek tu.
Saturday, December 19, 2009
Tema biru + putih
Tema ni dipilih sempena perkahwinan Syura dan Razlan. Order di buat oleh Fiza dari Bangi, orangnya komited dalam menguruskan kek kahwin untuk mak sedaranya kot (maaf Fiza kalau tersilap). Saya tak sempat nak bual panjang dengannya sebab dia nampak busy. Anyway, thanks 4 the order and your support.
Monday, December 14, 2009
Terima Kasih Che Rus
Dari dulang Ke kotak
Terima kasih Che Rus sebab order dgn saya 100biji cup cake utk para VIP sempena majlis perkahwinan anak perempuannya di Bangi pada 13hb Disember yang lalu. Harap moga Che Rus berpuas hati.
Tuesday, December 8, 2009
"Selamat Pengantin Baru Ana & Palie"
Ellisya ~ Tahniah!!!
Aunty Umi ucapkan tahniah atas kejayaan baby dapat 5A dalam UPSR baru-baru nie. Di sini aunty Umi abadikan kek birthday khas aunty Umi untuk Ellysha. Terima kasih juga untuk Mama Ellysha yang sudi tempah kek besar nie.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Yus'S Cake Planet
- Yusra & Yusmidar Mohamad Yusof
- Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
- Dua beradik berasal daripada Kepala Batas Kedah Darul Aman. Sedia menerima tempahan kek dan kek cawan, roti mahupun coklat sebagai penyeri majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan atau sebarang majlis keraian rasmi daripada orang perseorangan ataupun organisasi. Berazam untuk memenuhi permintaan pasaran dan menjadi pelengkap kepada pasaran sedia ada, disamping menjadi pembekal kek Halal dan suci khususnya untuk umat Islam.