Tuesday, December 29, 2009

Back To School Mimi


Kak Ina order kek untuk anaknya Mimi yang akan kembali ke sekolah dlm darjah tiga tahun depan. Jadi Mamanya orderkan kek wat surprise untuk bagi motivasi pada Mimi. Semoga Mimi akan tambah semangat untuk semester akan datang.

Pooh oh Pooh....







Foooh... mencabar sungguh bila nak membina watak Winnie the Pooh ni... Maklumlah saya bukan artist mujurlah adik saya Yusmidar tekun menghadap setiap character2 yang hendak di bina atas cup cake Zai yang di tempah khas untuk tunang tersayang. Saya ucapkan terima kasih tak terhingga kpd Zai kerana memberi kepercayaan untuk menghasilkan cup cake sebegitu. Saya abadikan kek itu buat Zai dan tunangnya disini (sebab kek itu mesti dah habis)

Coklat Ganache untuk Elin


Akak ucapkan terima kasih pada Elin terus memberikan sokongan pada akak. So akak try the best that I can to produce the most beautiful Chocolate ganache cake untuk Elin. Hopefully bulan depan ada order daripada Elin lagi.....

Ultraman Lagii!!!




Umi rasa gembira bila Vee call order birthday kek untuk anak buahnya (Haikal),  tapi agak terkejut bila Vee mahukan design yang sama warna dan sama gambar macam yang Umi pernah buat untuk anak Elin (Daniel). So Umi suggest untuk ubah warna tema untuk sesuaikan dengan edible image itu. Apa pun Umi enjoy bila bake and decorate cake ni untuk Haikal rasa macam untuk bagi anak sendiri. Hopefully Vee satisfy with the cake.

Thursday, December 24, 2009

Tempahan Kek Fiza lagi


Tempahan kek ni sekali lagi daripada Fiza untuk Majlis potong kek di Selayang pada 19/12/09. Akak harap semuanya berpuashati dan bolehlah order lagi next time . Kepada pengantin yang empunya kek Selamat Pengantin Baru dan akak kagum dengan komitmen Fiza menguruskan tugasnya. Terima Kasih sekali lagi

Tema coklat + gold




Akak harap Fizi suka dengan design yang akak buat. Akak dah cuba yang terbaik untuk dapatkan match warna yang Fizi mahukan. Akak doakan majlis keluarga awak berjalan dengan lancar dan sempurna. Terima kasih banyak.

Kek Coklat Blueberry


Kek ni di order oleh kawan my hubby. Juzairi namanya, cikgu dari Kelantan menemani isterinya seminar di Kuala Lumpur ni. Teruja juga buat kek ni sebab 1st time org order kek blueberry ni. Terima kasih kepada abg Juz dan family kerana memberi support kepada kami. Harap semua yang makan tu sukakan kek tu.

Saturday, December 19, 2009

Tema biru + putih


Tema ni dipilih sempena perkahwinan Syura dan Razlan. Order di buat oleh Fiza dari Bangi, orangnya komited dalam menguruskan kek kahwin untuk mak sedaranya kot (maaf Fiza kalau tersilap). Saya tak sempat nak bual panjang dengannya sebab dia nampak busy. Anyway, thanks 4 the order and your support.

Monday, December 14, 2009

Semoga Berbahagia A & S



               Di rumah Umi                            Di rumah Pengantin
Saya doakan A & S berbahagia hingga ke akhir hayat........

Terima Kasih Che Rus







                 





     Dari dulang                                                                   Ke kotak

Terima kasih Che Rus sebab order dgn saya 100biji cup cake utk para VIP sempena majlis perkahwinan anak perempuannya di Bangi pada 13hb Disember yang lalu. Harap moga Che Rus berpuas hati.

Tuesday, December 8, 2009

"Selamat Pengantin Baru Ana & Palie"




Cupcakes ni ditempah khas oleh Azman sempena majlis perkahwinan kawan baiknya. Tima kasih Azman kerana ini adalah tempahannya yang kali kedua. Terima kasih kerana menyokong cup cakes Kak Umi.

Ellisya ~ Tahniah!!!


Aunty Umi ucapkan tahniah atas kejayaan baby dapat 5A dalam UPSR baru-baru nie. Di sini aunty Umi abadikan kek birthday khas aunty Umi untuk Ellysha. Terima kasih juga untuk Mama Ellysha yang sudi tempah kek besar nie.

Tuesday, November 24, 2009

Tempahan dari Jauh........


Mona, itu aje namanya yg disebut. Menerima call  Mona, dari nada suara nyer saya rasa Mona seorang yg istimewa dan happy go lucky. Dia membuat tempahan daripada Kuantan tetapi 'delivery' nya ke Petaling Jaya. Pengalaman pertama tempahan jarak jauh ini memang menarik sebab nyer segala perbualan hanya melalui telepon shj. Seperti yang Mona minta akak tunjukan cup cakes Mona yang telah akak hantarkan itu. Harap Mona dapat tengok gambar nie.

Happy Birthday MAMA !!


Bagusnya Elin ni, masa dia order kek anak dia, Elin turut menempah cup cake untuk birthday mama dia. Seperti yang anda lihat, design (warna background dan bunga) itu adalah ilham daripada Elin sendiri untuk mama tersayang. Sekali lagi terima kasih Elin (nak tau lah nama penuh Elin...).

Selamat Hari Jadi Daniel!!!

Kek ini di tempah khas oleh Elin drp Ampang untuk Daniel the cute handsome boy sempena birthday-nya yang ke 5 tahun. Teruja juga bila terima call tempahan daripada Elin sebab Elin customer pertama yang mintak kek besar. Harap Mama Daniel (Elin) berpuashati dengan kek itu dan akak mintak maaf tak sempat nak berbual panjang dgn Elin lebih lanjut lagi kerana ada order lain yang perlu akak bereskan. First time jumpa Elin rasa macam dah lama kenal dia. Nice to know you hope we will meet again. Seperti yang akak janjikan tempohari, akak masukkan gambar kek Elin sebagai yang pertama di sini.

Tuesday, October 27, 2009

Terima Kasih David


Alhamdulillah, dengan tempahan yang dibuat daripada teman-teman menyuntik semangat saya untuk mengusahakan perusahaan kek & roti ini. Dengan sokongan dan nasihat daripada teman-teman seperti Mr. David yang sudi memberikan komen & kritikan yang membina amat-amat saya hargai. Kepada Mr. David saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga dan diharap dapat terus memberikan sokongan kepada saya dalam mempelajari selok belok perniagaan. Kotak tempahan daripada Mr. David ini saya abadikan disini sebagai sejarah permulaan perniagaan dan rekaan kami.

Tuesday, October 20, 2009

Yus'S Cake Planet




Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.


Yus'S Cake Planet merupakan satu ilham yang lahir daripada minat saya dan adik saya yang mendalam terhadap bidang pembuatan kek dan roti. Setelah berbincang dan berkongsi pendapat dengan adik saya Nor Yusmidar maka kami memulakan langkah awal membuat dan memasarkan "cup cake" ini secara komersial.
Alhamdulillah, usaha kami berbaloi apabila kek kami mendapat sambutan untuk jamuan keraian dan majlis khas seperti rumah terbuka aidilfitri yang lalu. Apa yang anda lihat di sini merupakan sebahagian daripada kek-kek cawan rekaan kami.
Oleh yang demikian, sekiranya ada yang berminat untuk menempahnya bolehlah berbuat demikian dengan menghantar tempahan melalui SMS ke nombor telefon bimbit 016-9664189 (Umi Yusra) atau 012-4333694 (Yusmidar) atau emailkan tempahan anda ke umiyusra@yahoo.com.my atau yumiko_mirmo@yahoo.com.



Memandangkan blog ini masih dalam proses penambahbaikan, maka disini kami sebutkan serba sedikit tentang prosedur tempahan. Buat masa ini kek-kek kami boleh didapati dalam 4 perisa iaitu chocolate moist, vanilla, oren dan kopi. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum majlis anda sekiranya jumlah cup cake tersebut melebihi 100 biji dan kami menerima tempahan minima 16 biji.

Segala maklumat tempahan, harga, terma dan syarat serta lain-lain yang berkenaan akan saya kemaskinikan dalam post yang akan datang. InsyaAllah.

About Yus'S Cake Planet

My photo
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
Dua beradik berasal daripada Kepala Batas Kedah Darul Aman. Sedia menerima tempahan kek dan kek cawan, roti mahupun coklat sebagai penyeri majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan atau sebarang majlis keraian rasmi daripada orang perseorangan ataupun organisasi. Berazam untuk memenuhi permintaan pasaran dan menjadi pelengkap kepada pasaran sedia ada, disamping menjadi pembekal kek Halal dan suci khususnya untuk umat Islam.

Skrin Kek