Tuesday, October 27, 2009
Terima Kasih David
Alhamdulillah, dengan tempahan yang dibuat daripada teman-teman menyuntik semangat saya untuk mengusahakan perusahaan kek & roti ini. Dengan sokongan dan nasihat daripada teman-teman seperti Mr. David yang sudi memberikan komen & kritikan yang membina amat-amat saya hargai. Kepada Mr. David saya ucapkan terima kasih yang tak terhingga dan diharap dapat terus memberikan sokongan kepada saya dalam mempelajari selok belok perniagaan. Kotak tempahan daripada Mr. David ini saya abadikan disini sebagai sejarah permulaan perniagaan dan rekaan kami.
Tuesday, October 20, 2009
Yus'S Cake Planet
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Yus'S Cake Planet merupakan satu ilham yang lahir daripada minat saya dan adik saya yang mendalam terhadap bidang pembuatan kek dan roti. Setelah berbincang dan berkongsi pendapat dengan adik saya Nor Yusmidar maka kami memulakan langkah awal membuat dan memasarkan "cup cake" ini secara komersial.
Alhamdulillah, usaha kami berbaloi apabila kek kami mendapat sambutan untuk jamuan keraian dan majlis khas seperti rumah terbuka aidilfitri yang lalu. Apa yang anda lihat di sini merupakan sebahagian daripada kek-kek cawan rekaan kami.
Oleh yang demikian, sekiranya ada yang berminat untuk menempahnya bolehlah berbuat demikian dengan menghantar tempahan melalui SMS ke nombor telefon bimbit 016-9664189 (Umi Yusra) atau 012-4333694 (Yusmidar) atau emailkan tempahan anda ke umiyusra@yahoo.com.my atau yumiko_mirmo@yahoo.com.
Memandangkan blog ini masih dalam proses penambahbaikan, maka disini kami sebutkan serba sedikit tentang prosedur tempahan. Buat masa ini kek-kek kami boleh didapati dalam 4 perisa iaitu chocolate moist, vanilla, oren dan kopi. Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 5 hari sebelum majlis anda sekiranya jumlah cup cake tersebut melebihi 100 biji dan kami menerima tempahan minima 16 biji.
Segala maklumat tempahan, harga, terma dan syarat serta lain-lain yang berkenaan akan saya kemaskinikan dalam post yang akan datang. InsyaAllah.

Subscribe to:
Posts (Atom)
About Yus'S Cake Planet
- Yusra & Yusmidar Mohamad Yusof
- Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
- Dua beradik berasal daripada Kepala Batas Kedah Darul Aman. Sedia menerima tempahan kek dan kek cawan, roti mahupun coklat sebagai penyeri majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan atau sebarang majlis keraian rasmi daripada orang perseorangan ataupun organisasi. Berazam untuk memenuhi permintaan pasaran dan menjadi pelengkap kepada pasaran sedia ada, disamping menjadi pembekal kek Halal dan suci khususnya untuk umat Islam.